Nama saya Mohd Rizal Bin Mohamad Noodin. Umur 21. Berasal dari Segamat,Johor.
Dulu saya bersekolah di SK LKTP Palong Timur 1. Selepas itu,saya sambung ke Tingkatan 1 di SMK Palong Timur. Mesti anda tertanya-tanya saya tinggal di mana. Hahaha.
Sebenarnya saya anak FELDA. Kalau anda pernah dengar Felda Palong Timur,Segamat,Johor ,disitulah terletaknya kampung saya. Kiranya kawasan kampung saya jauh sedikit dari bandar Segamat.
Ok. lepas saya tamat Tingkatan 5,saya melanjutkan pelajaran di UPSI atau nama lain Universiti Pertemuan Suami Isteri. Hahaha. Gurau je. Nama sebenar dia Universiti Pendidikan Sultan Idris. Disini saya ambil diploma dalam jurusan Teknologi Makmal. Macam best kan? Meh try masuk sini kalau nak tahu best tak best. Hahaha
Sepanjang saya belajar kat sini,macam-macam kenangan tercipta. Ada pahit,ada manis dan ada masam-masam manis. Hahaha.Semasa mohon UPU dulu,tak expect pun nak masuk UPSI,tapi rezeki dah depan mata,kita grab je. Memang pada mulanya belajar itu susah,tapi dengan berkat doa dari keluarga dan bantuan members, Insyaallah boleh berjaya.
Sebelum saya mengakhiri penulisan ini,harap anda semua dapat mengikuti segala mala post yang saya publish. Bukan apa,post yang saya publish nanti semuanya bermanfaat. Ok,untuk penulisan kali ini,saya selitkan beberapa gambar kenangan sepanjang saya berada di UPSI. Enjoy lah dengan gambar yang saya share.
Assalamualaikum.
Budak makmal....
Time pergi rumah Menteri Besar Perak
Fieldtrip ke SIRIM
Jadi fasi untuk program semai mesra FSM
nak pergi sterile. Tapi ada yng ckap nak jual ubat. Hahaha
Projek khidmat masyarakat di Zoo Taiping
Fieldwork ke Kuala Selangor
Tak de keje.....
Family DTM yang tercinta....
Masuk hutan untuk buat sampling...
Ada gaya tak...Hahaha
Baru balik kelas.
Family DTM...
















No comments:
Post a Comment